Batch 19 Nov 2010: Three tier & stack fondant cake with figurines

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Yuslina (Setapak) dah banyak kali attend macam2 my class. Kali ni dia amik package 3 hari berturut pula. Agak menyeronokkan dapat jumpa dia hari2 :) Hari pertama Yuslina belajar buat Kek fondant tiga tingkat dengan teknik tier & stack serta figurine little girl. Kemudian terus sambung dengan kelas fondant doll cake.

Walaupun deco nampak crowded, yang penting dapat pelajari macam2 teknik :) kreativiti akan datang bile kita tau banyak teknik deko.

Batch 19 Nov 2010: Three tier & stack fondant cake with figurines

Batch 19 Nov 2010: Three tier & stack fondant cake with figurines

Three tier & stack fondant cake with figurines

Fondant Doll Cake

Batch 16 Nov 2010: Basic Buttercream Cupcakes

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Peserta kelas ni Sumiyani (Sepang). Suri rumah yg minat mendeko & berniaga. A few days lepas balik dari kelas basic buttercream cupcakes ni, katanye dah dapat order 700pcs cupcakes. Alhamdullilah... Terus maju jaya! Dan jumpa lagi yer...

Batch 16 Nov 2010: Basic Buttercream Cupcakes

Batch 14 Oct 2010: Basic Fondant Wedding Cake

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Sejak diperkenalkan module basic fondant wedding cake awal bulan october, kelas ni mendapat sambutan hangat. Saya sendiri sentiasa teruja bila conduct kelas ni. Alhamdullilah, semua peserta yang pernah attend kelas ni, berjaya buat fondant kek dengan smooth dan cantik. dah tau cara selok belok menghias & mengubah bunga selain dari membuat homemade fondant yang sedap dan menyalut kek dengan cantik dan mudah :)

Dalam kelas ni, peserta berpeluang mempelajari 3 deko berlainan untuk menghias bahagian tepi kek agar nampak menyerlah.

Kelas kali ni dihadiri oleh 2 orang ex student saya, Affah (puchong), Kak Azizah (putrajaya), Anne (shah alam) dan Lydia Rahayu (shah Alam) - juga merupakan kawan sekolah rendah saya dulu :D

All the best yeah! Jumpa lagi...

Berminat nak attend kelas ni? Klik untuk info lanjut

Batch 14 Oct 2010: Basic Fondant Wedding Cake

Batch 14 Oct 2010: Basic Fondant Wedding Cake

Batch 14 Oct 2010: Basic Fondant Wedding Cake

Batch 14 Oct 2010: Basic Fondant Wedding Cake

Batch 12 Nov 2010: Variety Cheese

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Kelas dihadiri oleh Kak fida (Puncak Jalil) & Prasanna (Klang) both are my student yang pernah attend few other classes. Dan juga kak Rasyidah (Bangi) yang i kenal di Santai Suri Spa, tempat i selalu bergi bereleks2 :D

Seronok kelas ni balik bawa pulang 5 jenis dessert berasaskan cheese; Orange cheese cupcakes, Tiramisu, Rich Choc Brownies, Cheese Tart & Strawberry Jelly Cheese. Bukan sebiji dua, tapi berkotak :) Yang penting, dapat belajar 3 cara berbeza mengendalikan dessert cheese ni; steam-bake, bake, kukus & chilled. Setiap kali kelas ni diadakan, paling excited mereka bila buat cheese tart. Sape yang tak minat cheese tart kan? :)

All the best semua! Semoga bersua lagi :)

Berminat nak join? Klik untuk info kelas

Batch 12 Nov 2010: Variety Cheese
*dalam gambar takde tiramisu, terlupa snap! adih! sudah tua....!

Batch 6 Nov 2010: Asas Membina Blog

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Dihadiri oleh Kak Anie (Hulu Langat) dan berjaya create blog dengan URL: http://aniebakery.blogspot.com/

Dan juga Faris (Ampang) create blog dengan URL: http://ultrasepadu.blogspot.com/

Both blog masih dalam pembinaan. Kene rajin2 godek dan update taw! All the best! :) Jumpa lagi!

Batch 6 Nov 2010: Asas Membina Blog

Batch 6 Nov 2010: Asas Membina Blog

Batch 5 Nov 2010: Combo A - Basic Buttercream Cake & Cupcakes

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Dalam kelas combo A ni, akan pelajari dari bake cupcakes & cake sampai siap deco. Then bawa pulang 12pcs cupcakes & sebiji sponge kek yg dah siap deco.

Batch kali ni dihadiri oleh Fida (Puncak Jalil), Azie (Shah Alam), Azlina (Terengganu), Nawal (Terengganu), Liza (KL) & Sarimah (Bangi). Kak azlina & nawal datang dari terengganu naik bas semata-mata untuk belajar. Respect betul! Ni la baru kene ngan pepatah "cari ilmu biar jauh, walau ke negara china" :D

All the best semua! Practice make perfect. Ingat tu! Jangan mudah mengaku kalah & putus asas. Bila dapat order, jgn gabra. Tu cabaran & rezeki namanya :D Hope see u all again!

Pada yang nak join kelas ni, boleh refer Kelas Combo A untuk lihat module penuh.

Batch 5 Nov 2010: Combo A - Basic Buttercream Cake & Cupcakes

Batch 5 Nov 2010: Combo A - Basic Buttercream Cake & Cupcakes

Batch 5 Nov 2010: Combo A - Basic Buttercream Cake & Cupcakes

Batch 5 Nov 2010: Combo A - Basic Buttercream Cake & Cupcakes

Batch 31 Oct 2010: Drawing on Buttercream Cake

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Sebaik lepas abis kelas variety cheese, Akmalazura (Kajang) terus sambung dengan kelas Drawing on Buttercream Cake. Katanya, dia ada dapat order yang perlukan drawing. Dengan teknik yang mudah, sesapa yang tak pandai melukis pun boleh melukis. Lagi mudah melukis atas kek dari atas kertas, believe me! :) Dan dengan menggunakan piping jelly, lukisan jadi lebih menarik dengan warna-warna metalic.

Pada yang nak join, boleh refer module penuh Kelas Drawing on Buttercream Cake

Batch 31 Oct 2010: Drawing on Buttercream Cake

Batch 31 Oct 2010: Variety Cheese

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Kelas dihadiri oleh semua ex-student saya :)
Akmal azura (Kajang), Kak Shinah (Kajang), Elmi (Puchong), Affah (Puchong) & Shar (Terengganu). Seronok kelas ni sebab kita buat sama2 dan dapat belajar 3 jenis persediaan dessert berunsurkan cheese; secara steam-bake, kukus & chilled. Dan lagi seronok, balik dapat bawak 5 jenis aneka cheese! Puas makan...!

Dengarnya, ada yang dah start buat bisnes dessert cheese ni.. Yay! Congrate!

Batch 31 Oct 2010: Variety Cheese

Batch 31 Oct 2010: Variety Cheese


Berminat nak join kelas ni, refer Variety Cheese untuk module penuh dan untuk mendaftar, klik sini

Batch 30 Oct 2010: Combo A - Basic Buttercream Cupcakes & Cake

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Combo A di akan pelajari dari bake hingga deco cupcakes & cake. Setiap orang akan bawa pulang 12 biji cupcakes & sebiji sponge cake yang dibake & dideco sendiri.

Batch ni dihadiri oleh Affah (puchong), Noriza (BB Bangi), Noor Anida (Pandan Perdana), Azizah (Putrajay) & Rosila (Putrajaya).

Semoga semua sukses & kene practice yer.... Kalo kalo pertama buat tak berapa menjadi, jangan give up :) Semoga berjumpa lagi!

Batch 30 Oct 2010: Combo A - Basic Buttercream Cupcakes & Cake

Batch 30 Oct 2010: Combo A - Basic Buttercream Cupcakes & Cake

Tukar Date: Basic Fondant Wedding Cake @ 13 Nov 2010

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Kelas ini dijadualkan pada 14 Nov 2010 terpaksa diawalkan ke 13 Nov 2010 jam 9.30am - 12.30pm. Saya memohon maaf pada mereka yang telah pun mendaftar.

Saya baru dimaklumkan tadi oleh pihak sekolah tadika my son, hari konvo ditunda ke 14 Nov 2010. Rasa ralat pula if i tak attend the ceremony kan?

I dah email to all yang dah register. Please revert to me yer..

Pada yang berminat, kelas ini masih ada 2 kekosongan. Boleh register. Detail penuh kelas: http://bake-and-deco.blogspot.com/2010/10/basic-fondant-wedding-cake.html

Again.. saya mohon kemaafan....

Batch 28 Oct 2010: Variety Cheese

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Variety Cheese merupakan module terbaru! And this is the very 1st batch - Norlaila (Putrajaya) & Eleya (Cheras). Pelbagai jenis cake, cupcakes & jelly yang berunsurkan cheese dipelajari dengan teknik steam-bath, kukus & chilled. Semua hasil yang dipelajari dibawa pulang. Meriah balik bawah macam2 jenis kan? :)

Batch 28 Oct 2010: Variety Cheese

Batch 28 Oct 2010: Variety Cheese

Click here untuk info lanjut module ini.

Sticker "Terima kasih" Untuk Doorgift

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Praktikal untuk dilekatkan pada doorgift. Pilihan yang menarik, mudah & murah. Courier dalam masa 2 hari sahaja!

Saiz: 22 x 9mm
Harga: RM 5 / 100pcs (Minimum order 400pcs)
Warna Sticker: Transparent / Laser / Silver / Gold / Rainbow

Code: TQ1

Code: TQ2

Code: TQ3

Code: TQ4

Code: TQ5
("Nama & Nama" boleh diubah mengikut nama yang anda mahukan)


Tempahan & Info lanjut: http://stickercomel.blogspot.com/