Batch 15 May: Baking & Deco Buttercream Cake

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Peserta kali ni ialah Azurah (Ampang), Madiha (Melaka), Nor Rimah (Kajang) & Fairuz Nadiah (Kuantan). Jauh-jauh juga :) Bangga nengokkan semangat dan kesungguhan mereka yang datang jauh2, tinggalkan anak2 di rumah untuk belajar. Rata-rata yang datang belajar untuk berbisnes, Alhamdullilah. Semoga terus berjaya dan dipermudahkan perjalanan :) Amin. Sampai ketemu lagi :)

Batch: 15 May 2010

Batch: 15 May 2010

Batch: 15 May 2010

Batch: 15 May 2010

Feedback:
"Class butter cake yg di anjurkan Puan Elly mmg tidak membosankan .Ia sungguh ikhlas." - Madiha, Melaka

"class yang best… very informative! Tq teacher!" - Azurah, Ampang

"class yang tersangat la bestnyerr… cikgu yang sporting, sharing banyak maklumat yg penting2 dan sangat enjoy… dengan peserta yang lain.." - Nor Rimah, Kajang

"class yg fun and berguna..thanks…" - Fairuz Nadiah, Kuantan

Kelas Cupcakes & Birthday Cake di Johor Bahru

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Bersempena dengan cuti sekolah, saya akan mengadakan kelas berikut di Taman Molek, Johor Bahru. Detail seperti berikut:-

KELAS CUPCAKES & BIRTHDAY CAKE
Tarikh: 8 June 2010 (Selasa)
Time: 10am - 4pm
Tempat: Taman Molek, JB (alamat penuh akan diberikan)
Fees: RM250 seorang
Hanya 5 orang peserta
Lunch disediakan
Perlu bawa apron, pen dan kain lap
Resipi akan diberikan

Anda akan pelajari:-
- asas membancuh & membakar kek dan cupcakes secara teori
- cara membancuh buttercream, chocolate ganache & piping jel secara teori & praktikal
- mengenali fungsi-fungsi peralatan asas yang diperlukan
- cara menyimpan dan mewarnakan buttercream
- mempelajari dan mempraktikan beberapa jenis nozzles asas
- mempelajari teknik 'pressure control'
- mengenali dan cara mengggunakan edible image
- teknik melepa kek & cupcakes dengan betul dan licin
- mendeko 5 biji cupcakes dengan menggunakan buttercream, chocolate ganache & piping gel
- mendeko sebiji kek dengan buttercream
- teknik chocolate dripping pada kek
- banyak tips untuk mendapatkan hasil kek & cupcakes yg cantik akan diberikan
- BONUS: demo mempelajari mendeko princess doll cake dengan buttercream
- BONUS: tips untuk memulakan perniagaan dari rumah

Setiap peserta akan bawa pulang 5 biji cupcakes & sebiji kek yang dihasilkan sendiri!

Untuk pendaftaran, sila email info berikut
Nama:
Contact No:
Email Add:
Lokasi tempat tinggal:
Umur:

Buat masa ini, 2 tempat sudah di booking. Hanya tinggal lagi 3 tempat sahaja lagi. Cepat2 daftar yer. Bukan selalu saya ke JB. Dan kelas ini memang berbaloi dengan tawaran fees yang diberikan :) Jumpa di sanaaaa... :)

Latest update @ 1 June 2010: Alhamdullilah, kelas ni dah penuh. Disebabkan permintaan tinggi di JB, InsyaAllah saya akan datang sekali lagi pada bulan Julai. :)


Cake Ishami

Sample: Basic Cupcakes Deco

Princess Doll Cake

New Classes Added

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Atas permintaan, saya telah menambah beberapa kelas lagi. Untuk bulan June, kelas baru yang akan diperkenalkan:-
  • Asas Menyalut Kek Dengan Fondant (RM120)
  • Buttercream Doll Cake (RM150)
  • Fondant Doll Cake (RM200)
Untuk mengetahui silibus Asas menyalut kek dengan fondant, klik sini.
Silibus untuk kelas doll cake akan saya update kemudian.

Untuk kelas doll cake pada 20 June ini, register kelas buttercream & fondant doll cake hanya RM280 termasuk lunch. Kelas akan dijalankan dari pagi sampai petang. Daftar sekarang! Hanya 3 orang peserta sahaja.

Beberapa lagi kelas yang menarik akan ditawarkan untuk bulan July :)

Batch 14 May 2010: DIY Cake & Cupcakes Stand

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Kelas ni dihadiri oleh Cikgu Rafidah (Nilai) dan Lia (Cheras). Dua-dua belajar buat stand ni sebab cuti sekolah ni ada wedding cake & cupcakes order yang perlu pakai stand. Bagus belajar awal2 kan :) To Rafidah & Lia, thanks sebab datang kelas dan thanks juga untuk your order :) Sukses selalu :)

Batch: 14 May 2010

Batch: 14 May 2010

Batch: 14 May 2010

Batch: 14 May 2010

Batch: 14 May 2010

Kelas 12 & 13 June ditunda

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Maaf pada yang dah daftar untuk kelas pada 12 june (buttercream Cake) & 13 June (Buttercream Cupcakes) kerana terpaksa ditunda pada date lain sebab saya ada urusan keluarga pada tarikh tersebut. Memandangkan bulan June agak schedule saya agak pack, saya hanya dapat buat kelas tersebut pada weekday sahaja.

Saya dah update semula jadual kelas untuk June seperti di atas yer. Harap Maklum. Dan terima kasih atas semua sokongan.

Special Offer: D.I.Y Cake & Cupcakes Stand 1 June

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Special offer! Untuk kelas D.I.Y Cake & Cupcakes Stand pada 1 June 2010. Fees biasa ialah RM100 seorang. Tetapi jika kelas ini dihadiri seramai:-

1-2 orang: RM100 seorang
3-4 orang: RM80 seorang
5 orang: RM70 seorang

Nak dapat diskaun banyak, jom datang ramai2. Detail seperti dibawah:

Tarikh: 1 June 2010 (Selasa)
Masa: 10.30am - 12.30pm

Anda akan pelajari:
- beberapa jenis stand
- mengetahui bahan-bahan yang boleh digunakan
- teknik untuk mendapatkan stand yang murah, cantik dan teguh
- membuat 3 tingkat cake & cupcakes stand dengan stereofoam dan dibawa pulang hasil kreatif anda!

Lihat ruangan sebelah kanan cara untuk mendaftar yer. Kalau yang bekerja, boleh amik half day leave ni :) Jangan lepaskan peluang! Ramai yang dah datang belajar dan dapat banyak manfaat darinya.. Ajak ramai2. Kasitau kawan-kawan. :)

D.I.Y Cake & Cupcakes Stand

Batch 13 May: Stacked & Tiered Fondant Wedding Cakes

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Rafidah request untuk buat 3 tingkat kek fondant dengan menggunakan 2 jenis method; stacked & tiered. So, i create one new module for her. Rafidah cikgu bahasa english di sekolah teknik nilai. Selain dari buat kek & cupcakes, Rafidah juga rajin menjual pelbagai jenis bun. Kagum dengan kerajinan dan minat yang mendalam dia ni :) Sepanjang hari sambil belajar macam2 perkara kami bualkan mengenai kehidupan. Tangan dia agak seni. Cepat tangkap dan kemas hasil kerja. Bagus cikgu sorang ni :)

U, cepat skit update your blog yang dah bersawang tu yer.. And all the best & semoga hari2 mendatang lebih menceriakan :)

Batch: 13 May 2010
Cukup seronok & bangga bile dah dapat salut all the cakes with fondant

Batch: 13 May 2010
Kek tingkat bawah skali dah siap deko dan dipacakkan tiang2nya dengan kemas

Batch: 13 May 2010
Pipe the royal icing - lenguh kata dia.. hihiihihihih

Batch: 13 May 2010
Final touch! Final touch!

Batch: 13 May 2010
Ops! sori yer. Cikgu ni agak susah nak suruh senyum.. hihiihihi

Batch: 13 May 2010
Final product! Cantik kan untuk orang yang pertama kali buat? Berdiri megah :)

Batch: 13 May 2010
Two stacked ajer pun dah nampak mewah :) CONGRATE CIKGU RAFIDAH :)

Batch 12 May 2010: Asas Membina Blog

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Saya suka mengajar buat blog. Sebab rata-rata yang datang belajar tujuan utama untuk tujuan berniaga secara online. Saya sendiri dah 4 tahun lebih dalam menjana pendapatan melalui online. And of course, Blog banyak membantu saya :)

This time, kelas dihadiri oleh Siti Mariam (kajang utama), Ayu Mathieu (Shah Alam) dan Ainus (Damansara). Tekun belajar sampai tak sentuh kuih-kuih yg dihidangkan.. hihihi...

Remember my advice ya, spend atleast half an hour per day dengan blog untuk cepat expert :) All the very best & jumpa lagi :)

Batch: 12 May 2010

TIPS: Buttercream Warna Merah & Hitam

Assalammualaikum & Good Day semua :)

Agak frust nak dapatkan warna merah & hitam yang cantik kan? warna merah yang ala-ala mcm kat cake house yg buat tulis atas kek tu. Cantik merahnye, nyala2 :)

Sebenarnya ada beberapa cara untuk dapatkan warna merah & hitam yang cantik. Tapi semestinya bukan dengan menambah lebih banyak pewarna pada buttercream. Itu hanya akan merosakkan buttercream :(

Cara 1
Campurkan warna Rose Pink atau Gold Pink pada buttercream. Kacau rata warnanya. Kemudian titiskan pula warna merah. tak kisah la bright red ke, red red ke, cherry red ke.. ape aje red. Dan kacau rata lagi. Kemudian perapkan selama 2,3 hari atau lebih. Semakin lama, warna merah ni akan jadi semakin menarik.

Untuk warna hitam juga macam tu. Perlu diperapkan. Hanya guna pewarna hitam dan kacau rata pada buttercream.

Cara 2
Lebihkan icing sugar pada buttercream dan gunakan cara 1 tadi. Atleast perlu perapkan sehari. Warna merah dan hitam akan cepat naik. Cuma, bila icing sugar dah lebih, buttercream jadi manis, untuk makan agak manis kan? Jadi cara no 2 ni rasanya lebih sesuai untuk deco skit2 aje. Kalau untuk melepa atas kek atau cupcakes, manissss amat dong... :P

Semoga sukses selalu :)

(photo taken from Food for Torte)


Batch 8 May 2010: DIY Cake & Cupcakes Stand

Selepas selesai Special Class, Lin & Azura sambung pula dengan kelas DIY Cake & Cupcakes Stand. Dengar kata, Lin dah pun buat satu order DIY Cake & Cupcakes Stand untuk customer, ye ke? Post la gambar yer.... Semoga both of u terus success, Amin!

Batch: 8 May 2010
Saya menunjukkan 3 jenis stand, ciri-ciri dan cara meletakkan harga :)

Batch: 8 May 2010
Now, masa nya untuk D.I.Y. Nampak simple, tapi ada tekniknya.

Batch: 8 May 2010
Dah siap :) Happy kan? So lepas ni boleh la lebih kreatif kan lagi :)

Special Class: 8 May 2010

Assalammualaikum & Good Day semua,

Semoga hari ini lebih baik dan lebih smooth dari hari2 sebelumnya :) Amin

Special Class ni julung-julung kalinya dianjurkan khas untuk peserta-peserta yang pernah menghadiri mana-mana kelas anjuran saya. Dalam Special Class ini, saya akan menunjukkan cara-cara baking cake, cupcakes, bancuh buttercream, buat choc ganache, piping gel, membuat choc dripping, melepa kek dengan buttercream & choc ganache, cara guna edible image termasuk cara buat standing edible image dan macam-macam lagi teknik dan tips diberikan.

Seramai 9 orang peserta menghadiri kelas ini (sepatutnya 10 tapi seorang tak dapat hadir). Dalam sesi ini juga, peserta bebas berkongsi idea, pengalaman dan pengetahuan dalam baking & deco. Macam-macam perkara baru juga kami belajar dari semua peserta. Di akhir acara, setiap peserta berpeluang mendeko cupcakes. Semua kek, cupcakes, buttercream & choc ganache yg dibuat hari tu, licin dibawa pulang oleh semua peserta, Alhamdullilah :)

Special class ini akan diadakan InsyaAllah pada setiap 2 bulan sekali. Peserta yang pernah mengikuti kelas saya, akan saya hantar email jemputan. Bila? Saya pun belum pasti lagi bila untuk next session :P InsyaAllah saya akan antar email jemputan seawal mungkin supaya anda boleh buat planning. Dah dapat jemputan tu, jangan lepaskan peluang yer. Banyak manfaatnya :)

Terima kasih pada Azura, Muslina, Syara, Solha, Rohaya, Lin, Suriani, Normalani dan fazila. Semoga semua akan terus sukses dan semoga bersua lagi :)

Special Class on 8 May 2010

Special Class on 8 May 2010

Special Class on 8 May 2010

Special Class on 8 May 2010

Special Class on 8 May 2010

Special Class on 8 May 2010

Special Class on 8 May 2010

Special Class on 8 May 2010

FEEDBACK:

"thanks Ellie, for all ur tips,it’s a great class!" - suriani, Bangi Lama
"tq Ellie…best class ni. Byk maklumat baru n belajar tip2.." - normalani, Hulu Langat
"Tq Ellie. Kelas ni byk membantu dan memang best. " - muslina, salak tinggi
" Kelas yg mmg best..TQ" - Solha, Balakong
"sangat memuaskan dan banyak belajar benda yg baru. TQ Ellie" - Azura, Kajang
"banyak dapat ilmu baru hari ni.thanks~ =)" - Syara, Setiawangsa
"Terima kasih banyak2 atas segala tunjuk ajar…sungguh banyak yg dapat dipelajari." - Lin, Puchong
"Good class, lots of tips, tak lokek ilmu." - fazila, Senawang

Baking & Deco Buttercream Cake: 25 April 2010

Assalammualaikum & Good Day,

Thanks so much pada Roszlina (Putrajaya), Zarina (Putrajaya) dan Mimi (Cheras) yang datang kelas ni. :)

Belajar guna beberapa jenis nozzles dan cara pressure yang betul :)
Batch: 25 April 2010

Belajar teknik melepa kek dengan buttercream. Teknik yang betul sure cepat licin dan cantik kek :)
Batch: 25 April 2010

Dah blaja semua teknik & jenis nozzles, skrang buat atas kek pula
Batch: 25 April 2010

Batch: 25 April 2010

Cantik & colourful! Walaupun nampak crowded, tapi untung nya semua peserta dapat blaja banyak tips dan banyak jenis nozzle. Nanti dah buat kek sendiri, pandai2 la main dengan deco ok. Yg penting dah pandai banyak ni :) Bumble Bee gegirl pun comei :)
Batch: 25 April 2010

Baking & Deco Cupcakes: 21 April 2010

Assalammualaikum & Good Day,

Kelas Asas Baking & Deco Buttercream Cupcakes yang di adakan pada hari rabu 21 April lepas, dihadiri oleh Yati (Puchong), Shar (Dungun, Terengganu) dan Faizah (Pantai Dalam). Semuanya kreatif2 belaka. Alhamdullilah, dengarnya semua skrang dah boleh bake & deco cupcakes dengan baik.. Good! Good! :) Pada Yati, jangan putus asa, teruskan cuba dan cuba lagi yer.. :)

Batch 21 April 2010: Baking & Deco Cupcakes

Batch 21 April 2010: Baking & Deco Cupcakes

Batch 21 April 2010: Baking & Deco Cupcakes

Cantik kan? ni kali pertama dia buat ni :)
Batch 21 April 2010: Baking & Deco Cupcakes

Asas Membina Laman Blog

Asas Membina Laman Blog

Tidak tahu bagaimana untuk membina dan memulakan sebuah laman blog? Dalam kelas ini, anda akan mengenali asas untuk membina blog, membuat template & menggunakan gadget-gadget asas blogger. Dari cara posting, setting, upload gambar, label, widget dan sebagainya. Bila pulang, anda sudah mempunyai sebuah laman blog! Hanya perlu dicantikkan lagi dan buat posting saja :)

Category: Beginner
Time: 3 hours
Fees: RM130 seorang
Sila bawa pen, buku nota & laptop
Minuman ringan disediakan


Anda akan pelajari:-
- mendaftar dengan blogger
- customize dan mencantikkan layout dengan pelbagai pilihan template
- mengenali fungsi2 blogger seperti membuat post, upload gambar, label dan sebagainya.
- menambah chatbox, calendar, Visitor Counter dan sebagainya
- bagaimana untuk promote blog
- BONUS: membuat watermark pada photo & cara mempromosikan blog

KLIK UNTUK LIHAT GAMBAR PESERTA YANG PERNAH MENGIKUTI KELAS INI

Batch: 24 April 2010

Feedback:

Dearest Ellie,

Semenjak balik dari kelas membina laman blog yg u anjurkan, i terfikir.... "Rupanya senang jer nak buat blog ni.... Tapi i rasa kalau i join kelas lain belum tentu i boleh capai tahap kefahaman yg mcm ni..."

You membuatkan kelas membina laman blog ini menjadi:
1. begitu senang difahami,
2. enjoy - tak mengantuk langsung!!
3. bebas bagi kami students untuk bertanya dan beri pendapat atau suarakan masalah2 kami...

Sudah tentu i akan memanfaatkan setiap apa yg dipelajari drp u dgn baik dan i akan bina laman blog i sampai berjaya... semua ni kerana semangat yg u tiupkan ke dlm we all hari tu...

Thanks for all that Ellie... semoga u sukses selalu dan sentiasa bermurah hati untuk beri tips kepada kami yang masih merangkak2 lagi dalam bisnes ni... heheheh... terima kasih, arigato, thank you!!!!!

Yuslina Yusoff
Kiut Miut Cupcakes

Asas Membina Laman Blog: 24 April 2010

Assalammualaikum & Good Day everyone,

Kelas ni dihadiri oleh Zarina (Putrajaya), Kak Aishah (Puchong), Yus (Setapak) & Kak Ju (KL). Masing-masing baru pertama kali mengodek blogger. Alhamdullilah semua dah boleh buat blog, cuma perlu lebih banyak practice supaya lebih kenal lagi fungsi2 yang ada dalam blogger. Dah siap sepenuhnya nanti, jangan lupe kasi link tau! Remember, nak cepat pandai mengodek blog, kene spend at least 1/2 jam sehari setiap hari.. InsyaAllah... :)


Batch: 24 April 2010

Batch: 24 April 2010

Batch: 24 April 2010

Kelas Stacked Wedding Fondant Cake: 28 April 2010

Assalammualaikum & Good Day,

Azrena datang jauh dari Miri, Sarawak untuk mengikuti kelas ini secara personal class. Manis orangnya dan yang paling menyerlah, rajin, teliti & kreatif! Seronok dapat mengenali Azrena. Semoga Azrena berjaya di Miri yer... Check her blog: http://ummilittlekitchen.blogspot.com/2010/04/thank-you-teacher.html

Thank you Azrena :)

Batch: 28 April 2010

Batch: 28 April 2010

Stacked Wedding Fondant Cake

D.I.Y Cake & Cupcakes Stand: 28 April 2010

Assalammualaikum & Good Day,

Hari yang sama juga, Azrena dari Miri sarawak ni blaja buat cake & cupcakes stand. Agak cepat dia buat dan kemas sangat! Lebih mengagumkan, baru beberapa hari dia balik ke Miri, dia dah dapat order untuk buat cake & cupcakes stand, warna merah & hitam lagi! Menawan! Check this link: http://ummilittlekitchen.blogspot.com/2010/05/ordered-by-sheema.html

Semoga terus berjaya & keep in touch yer sis! :)

Batch: 28 April 2010

Batch: 28 April 2010

Batch: 28 April 2010